hye stalker, jemput singgah. sekian terima kaseyhh *gaya m.nasir*

Saturday 4 May 2013

KAWAD KRS PERINGKAT DAERAH SIK 2013



alhamdulillah dapat jugak aku nak update pasal KRS PERINGKAT DAERAH yang berlangsung pada 27/05/2013. actually memang aku minat nak masuk kawad sejak muda muda dulu lagi. XDXD tapi tak berkesempatan sebab aku masuk taekwando kat sekolah lama aku dulu. aku suka lasak. tapi hakikatnya , perempuan tak elok sangat kalau lasak lasak ni. tak silap haribulan masuk berita perempuan pukul suami. haha.



      

  
muka2 hitam sebab krs


sebelum berlangsungnya pertandingan tu, pagi petang malam berlatih. penat gila ==''sampai kami semua jadi orang hitam. sehitam hitam kami, hitam lagi negro. hehe. kami hitam versi melayu. hanya orang yang pernah rasa ja tahu macam mana rasa penat tu. memang banyak yang terjadi sepanjang latihan kawad dijalankan. dari situ, aku belajar erti apa erti kawan, erti kerjasama, erti tanggungjawab, erti tepati masa. XDXD ayat p0yo teruk. okay tarik nafas dalam dalam. ceritanya begini. . . . . . . . . .

budak excited pakai baju krs X_X

5 hari sebelum pertandingan.......syoknya dapat baju krs. pertama kali nak pakai, memang aku excited teruk. tapi disebabkan aku antara orang yang paling lambat pegi ambil baju, aku dapat saiz XXL. seluar saiz 38. gila besar nak mampus. memang runsing kepala h0tak time tu. bila testing, nampak macam bapak macdonald yang rambut warna kuning tu. tapi aku hensem lagi. XDXD. hari rabu petang boleh outing, cangak lagi pegi outer baju la. hantar dekat kedai cina, kena rm25 . memang murah pun. =(. terpaksa la korbankan duit tu semata mata baju KRS. dah la tengah pokai teruk. almaklumlah tak balik 3minggu. sob sob sob *kesat air mata*

kees0kan harinya , kasut , beret , gl0ve pulak tak cukup . fiuwhhh ~ *tiup lilin* . semua ahli KRS pakat runsing teruk dah. tambah tambah staf sarjan. kalau dia badmood, tuhan ja taw. bagi arahan kiri pusing , kanan pusing , kiri belok n bla bla bla macam singa tengah lapaq ja. seram seram . staf sarjan kami memang lawa cun pulak tu. haha. aku tak berani nak teguq and sembang ngan dia. gerun woii. tapi kat facebook, dia nih peramah. XDXD. harap2 dia tak tsedak. amin! missi0n dapat diselesaikan bila CR pegi beli kat kedai. CR siapa? ada laa . fuhh tarik nafas lega.

yang tak bestnya tu, saiz kasut semua besaq besaq gedabak macam kasut gajah. dah la kaki kami semua kecik kecik. tup tup kena pakai saiz 6, 7, 8 . memang sejibik macam bapak macdonald rambut kuning tu. sabar kay sabar. semua orang pakat monyok macam hilang anak masa dapat kasut tu. staf sarjan kata, "sapa seret kasut, aku jumpak ladam, siap hampa" *gaya bengis teruk*

malam 25 haribulan, cikgu bagi tudung suruh jahit sendiri. ohmegosttt ! aku ni memang pandai pun kalau bab bab menjahit ni. aku tidur pukul 3 pagi sebab jahit tudung semata mata. *apakah ini semua harus berlaku?* jahitan jelujur ja yang aku mampu. yang lain? jangan tanya lah. haha. mula mula tu, aku dengan semangat jahit laju laju. kononnya aku ni orang paling expert dalam bab bab jahit ni. dayah cakap, "hebat la hang jahit alia". haha . bangga taktaw nak kata time tu. kembang hidung tak mau mau. lepas siap jahit, aku pun test punya test. syoknya !. tengok depan cermin dengan bangganya and dalam hati, "pandai jugak aku ni jahit" . tunggu 5 minit, terlerai habis benang benang tu. haha. last sekali aku surrender, terpaksa la belajaq jahit dengan kawan aku sampai lewat malam. ni la akibat buat buat pandai. insaf kay insaf. >_<.

malam 26 haribulan, cikgu suruh p0lish kasut sampai berkilat. memang aku pandai pun bab kilat kasut ni. pandai sangat. sampai 4 jam aku buat kerja kilat kasut. nasib baik nampak jugak kilat kilat tu. kalau tak, memang eiii memang eeiii memang sosiall lah kan . haha . lepas tu, siapkan accessories baju KRS tu . =). walaupun cikgu pesan suruh tid0q awal, kami semua tetap tid0q lewat sampai pukul 3 pagi.



   

tara ! 27/5/13, perlawanan berlangsung. ketaq lutut semua ada. alhamdulillah selepas selesai buat persembahan, kaki tangan tak rasa apa. rasa terlepas dari segala beban kawad. selagi tak lawan kawad, selagi tu la d0k bawah matahari macam sate hangit. haha. taktaw nak st0ry apa time perlawanan tapi yang aku taw sekolah aku SMK AGAMA SIK kawad krs lelaki dapat johan, kawad krs perempuan dapat naib johan and puteri islam dapat tempat ketiga. alhamdulillah. sekarang aku boleh tarik nafas legaa sebab boleh rehat petang petang. maksud aku tidur petang petang. haha .  joke only . 

santai sambil tengok sekolah lain buat persembahan


  



  

SAPE TU? AGAMA SIK! . . . . TAKBIR! ALLAHUAKBAR.


sekian saja berita tv3 setakat ini. maaf kalau terkasar bahasa. maaf sebab gambar tak banyak kerana camera aku bateri nyawa nyawa ikan ja. semua gambar2 ni kebanyakan hasil daripada cetak rompak dari facebook budak krs. XDXD. k enj0y .


♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Merapu Merapat ALIA ! Like Kalau Suka ! Sayang k0runx ! ♥

No comments:

Post a Comment