hye stalker, jemput singgah. sekian terima kaseyhh *gaya m.nasir*

Saturday 17 July 2021

Pengalaman Calon Anugerah Graduan Terbaik UiTM 2021 (AGT)

 Hye Assalamualaikum semua. Dah lama tak berblogger sejak 2013. So now 2021 hai i'm back. Saya tergerak hati untuk menulis blog ni semula selepas apa yang saya cari, saya tak jumpa. Mungkin penulisan saya ni sedikit sebanyak dapat membantu hampa yang berminat nak tahu info tentang Anugerah Graduan Terbaik khusus untuk pelajar UiTM. 😇

"Anugerah Graduan Terbaik UiTM (AGT) adalah anugerah yang dibuat untuk tujuan memberi pengiktirafan kepada pencapaian akademik graduan UiTM sepanjang pengajian mereka. Anugerah ini diadakan setahun sekali dan upacara penyampaian anugerah dijalankan pada sesi akhir tahun majlis konvokesyen universiti." 

Faham tak? Jelas kan. Untuk rujukan, boleh klik link ni untuk ke maklumat berkaitan AGT UiTM. 

Saya baru selesai temuduga untuk Calon AGT semalam, alhamdulillah semua proses berjalan dengan lancar walaupun dalam situasi pandemik gini. Semestinyalah secara virtually melalui Google Meet. Seramai 41 pelajar terlibat semalam, ramai kan? dan kami dibahagikan mengikut sesi masing-masing. Terdapat beberapa kategori yang terlibat, iaitu calon peringkat diploma, sarjana muda, kepimpinan, khas dan alumni. Dan setiap sesi tu jumlah pelajar yang terlibat 4 - 7 orang. Bagi kategori diploma dan sarjana muda terdiri daripada pelajar Anugerah Naib Cancelor (ANC) yang mendapat dekan setiap semester. Bagi kategori lain, saya tak pasti.. 


Contoh masa sesi, saya terpaksa blurkan senarai nama calon lain untuk menjaga privasi.


Okay kita start sekarang, Saat yang ditunggu-tunggukan, jeng jeng jeng ~.. soalannya adalah . . . . . . . . 

1. Perkenalkan diri

2. Penglibatan luar yang kita terlibat

3. Apa perancangan anda di masa akan datang

4. Kenapa anda layak untuk terima Anugerah ini


Ini soalan berdasarkan pengalaman yang saya lalui, jadi setiap pelajar yang terlibat mestilah jawab soalan dengan yakin, padat, ringkas dan padu. Sebab masa yang diberikan adalah sedikit terhad. Haaa mesti tertanya-tanya nak jawab dalam Bahasa Inggeris atau Bahasa Melayu? Soalan ini terpulang kepada panel, kalau panel bertanya dalam Bahasa Inggeris, Bahasa Inggeris lah. Kalau Bahasa Melayu, Bahasa Melayu lah. cengggituwww ye awak. 😁😁

Apa yang akan dapat kalau kita layak untuk anugerah ni? Ini saya tak pasti la awak, mungkin duit, mungkin hadiah misteri, ku tak tahu deh. 😅. Bagi yang tak dapat pulak, jangan risau kita tetap akan dapat sijil Calon AGT. terpulang kepada pihak yang menguruskannya. 


Tahniah kepada semua pelajar UiTM yang telah tamat dengan cemerlang dan jayanya. Alhamdulillah kita pasti dapat tempuhi hari-hari yang mencabar. 








Sekian nukilan dari saya. 

Sebarang soalan, do comment below. Thank you.



*Special thanks to my mom, my love and Fikri. 


♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Merapu Merapat ALIA ! Like Kalau Suka ! Sayang k0runx ! ♥

Blogger Widgets